Sunday, March 15, 2015

Pemakanan Ibu Hamil Bekerja


  • Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.
  • Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja  juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot,  sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.

  • Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.
  • Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.
  • Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.
  • Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

sudah baca??? komen la...

No comments:

Post a Comment