Cara pemakanan ibu hamil membantunya untuk terus bertenaga bagi membolehkan dia meneruskan ibadah puasanya. Tiga kali makan utama iaitu ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, ibu disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.
Ibu hamil digalakkan minum jus buah-buahan segar, minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment