Sunday, March 15, 2015

Kebaikan Coklat Ketika Mengandung

  1. Coklat pahit atau dark chocolate dikatakan mampu mencegah pra eklampsia semasa mengandung. Ia merupakan salah satu penyakit paling berbahaya dalam kalangan ibu hamil. Kandungan theobromine dalam koko bertanggungjawab mengelakkan serangan penyakit tersebut. Wanita hamil yang makan coklat setiap hari terbukti bebas daripada serangan pra eklampsia sebanyak 50 peratus.

  1. Melancarkan pengaliran darah. Theobromine yang ada dalam koko membantu meluaskan pembuluh darah yang sekaligus melancarkan pengaliran darah ibu hamil.

  1. Membangkitkan rasa ceria. Kajian dijalankan oleh para saintis barat mendapati ibu mengandung yang kerap mengunyah coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.

  1. Mengandungi antioksidan. Kudapan manis ini kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan yang boleh menguatkan sistem imunisasi bayi dan ibu.

  1. Mengelakkan penyakit jantung. Coklat pahit memiliki antioksidan yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung ibu dan si comel.

sudah baca??? komen la...

Pemakanan Ibu Hamil Bekerja


  • Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.
  • Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja  juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot,  sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.

  • Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.
  • Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.
  • Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.
  • Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.

sudah baca??? komen la...

Makanan Bertenaga Ketika Puasa

Cara pemakanan ibu hamil membantunya untuk terus bertenaga bagi membolehkan dia meneruskan ibadah puasanya. Tiga kali makan utama iaitu ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, ibu disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.
Ibu hamil digalakkan minum jus buah-buahan segar, minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.



sudah baca??? komen la...

Berikut adalah beberapa jenis kumpulan makanan yang mesti dijauhkan sepanjang mengandung.


  1. Makanan/minuman berkafein
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan yang sewaktu dengannya boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.

  1. Gula
Kurangkan pengambilan gula ketika mengandung. Ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.

  1. Vitamin A
Makanan yang tinggi kandungan vitamin A perlu dielakkan. Contohnya seperti suplemen minyak ikan. Ini kerana vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam penggunaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan.

  1. Makanan tinggi merkuri
Ikan-ikan seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

  1. Makanan mentah
Untuk sementara waktu elakkan makanan mentah seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan


sudah baca??? komen la...